Singapura hukum gantung seorang lagi rakyat Malaysia minggu depan

[VIDEO] Singapura hukum gantung seorang lagi rakyat Malaysia minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Republik ini dijadualkan melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang lagi rakyat Malaysia atas kesalahan mengedar dadah, 7 Julai depan.

Tertuduh, Kalwant Singh, 32, disabitkan bersalah kerana memiliki 60.15 gram (g) diamorphine dan mengedar 120.9g dadah itu.

Aktivis Hak Asasi Singapura, Kirsten Han berkata, Kalwant ditahan ketika berusia 23 tahun dan dipenjarakan sejak sembilan tahun lalu.

Menerusi ciapan Twitter, dia memaklumkan kakak tertuduh bersama anak saudaranya ingin melawat lelaki itu awal bulan ini, tetapi permintaan mereka ditolak.

Katanya, ahli keluarga tidak dapat bertemu Kalwant sejak dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19 selain faktor kewangan dan kesihatan.

“Selepas tiba di Singapura, mereka ingin membuat lawatan tambahan pada Selasa kerana lawatan bagi banduan hukuman mati kebiasaannya pada Sabtu atau Isnin, tetapi permohonan ditolak oleh Penjara Changi,” katanya.

April lalu, Rakyat Malaysia yang didapati bersalah kerana mengedar dadah dihukum gantung di Singapura selepas usaha terakhir mencabar hukuman terbabit gagal.

Tertuduh, Nagaenthran Dharmalingam, 34, menjalani hukuman terbabit selepas pelbagai usaha peringkat antarabangsa untuk mendapatkan pengampunan gagal.

Nagaenthran, dijatuhkan hukuman gantung lebih sedekad lalu bagi kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 44 g memasuki Singapura, yang melaksanakan antara hukuman terberat di dunia bagi kesalahan berkaitan dadah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya