Singapura arah kek pisang Malaysia ditarik balik

Singapura arah kek pisang Malaysia ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan kek pisang jenama Goods yang diimport dari Malaysia ditarik balik selepas didapati mengandungi paras bahan pengawet berlebihan dalam produk itu.

Lapor Mediacorp, agensi itu menjelaskan pihaknya mengesan kewujudan asid sorbik dalam kek pada paras yang melebihi maksimum bagi bahan tersebut seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

SFA menerusi kenyataan akhbar memaklumkan penarikan balik produk sebagai langkah berwaspada dan berjaga-jaga.

“Asid sorbik adalah bahan tambahan makanan yang dibenarkan dan digunakan bagi tujuan mengawet.

“Pengambilan produk terjejas itu tidak mungkin memberi sebarang kesan buruk kepada kesihatan disebabkan paras toksik yang rendah.

“Namun, pelanggan yang sudah mengambil produk terjejas itu dan mempunyai keprihatinan mengenai kesihatan mereka perlu mendapatkan nasihat perubatan. Pengguna juga boleh menghubungi pihak kedai yang menjual kek pisang tersebut bagi sebarang pertanyaan,” katanya.

Kek pisang yang tamat tarikh luput sebelum 30 Ogos 2022 diimport oleh Goods Huat Hee Marketing dan produk berasal dari Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.