Russia lancar operasi tanpa henti - Utusan Malaysia

Russia lancar operasi tanpa henti

PASUKAN penyelamat membersihkan lokasi kejadian selepas sebahagian bangunan pangsapuri di Chasiv Yar, wilayah Bakhmut musnah dibedil roket Russia. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Perdana Menteri Volodymyr Zelensky berkata, Russia meneruskan operasi tanpa henti di Ukraine sehingga menyaksikan 34 serangan udara dilancarkan dalam tempoh 24 jam.

Memetik laporan Al Jazeera, sekurang-kurangnya 18 orang maut dan lebih 20 lagi dikhuatiri terperangkap selepas roket Uragan Russia membedil sebuah blok pangsapuri lima tingkat di wilayah Donetsk, Ukraine menyebabkan sebahagian bangunan berkenaan musnah.

Bercakap menerusi ucapan video, Zelensky berkata, angka kematian akibat serangan di Chasiv Yar, bandar Donetsk dijangka meningkat.

“Dua bangunan kediaman bertingkat sudah musnah, puluhan orang berada di bawah runtuhan dan enam orang berjaya diselamatkan.

“Terdapat 18 nama dalam senarai mangsa terkorban dan malangnya ini bukan angka terakhir.

“Sebanyak 34 serangan udara dilancarkan dalam tempoh 24 jam, ini adalah jawapan kepada semua yang mencipta kekecohan,” katanya.

Zelensky turut menyangkal dakwaan Russia bahawa serangan udara sudah dihentikan sementara.

“Tentera Ukraine sedang bertahan, tetapi sudah tentu banyak lagi yang perlu dilakukan supaya serangan Russia benar-benar berhenti,” katanya.

Sebelum ini, Russia yang mendakwa menjalankan operasi ketenteraan khas untuk memusnahkan Ukraine, menafikan menyasarkan orang awam.    

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak menyifatkan serangan Chasiv Yar sebagai `serangan pengganas’.

Malah, Yermak menegaskan Russia harus disenaraikan sebagai  “penaja negara keganasan”.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Iryna Vereshchuk menggesa penduduk di wilayah Kherson untuk segera berpindah ketika pasukan tentera Ukraine cuba melakukan serangan balas di kawasan berkenaan.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN