Ranil Wickremesinghe dipilih presiden baharu Sri Lanka

Ranil Wickremesinghe dipilih presiden baharu Sri Lanka

sri lanka
RANIL Wickremesinghe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Ahli Parlimen Sri Lanka memilih Ranil Wickremesinghe sebagai presiden baharu negara itu.

Pemilihan Wickresinghe bagi mentadbir jawatan tertinggi Sri Lanka itu dijangka mencetuskan lebih banyak protes di negara dilanda krisis kewangan terburuk sejak tujuh dekad lalu.

Lapor Al Jazeera, Wickresinghe memperoleh sebanyak 134 undi manakala pesaing utamanya, Dullas Alahapperuma mendapat 82 undi dalam proses pemilihan itu.

Calon ketiga pula, ketua parti Janatha Vimukti Peramuna, Anura Dissanayake pula hanya mendapat tiga undi daripada partinya sendiri.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sri Lanka mengundi untuk memilih presiden baharu bagi menggantikan Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri ke luar negara dan meletakkan jawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN