Rakyat Jepun bersedih, berkabung kematian Abe - Utusan Malaysia

Rakyat Jepun bersedih, berkabung kematian Abe

KENDERAAN yang dipercayai digunakan untuk membawa keranda Shinzo Abe. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KASHIHARA: Seluruh rakyat Jepun bersedih dan berkabung susulan kematian bekas perdana menteri, Shinzo Abe yang maut ditembak dalam satu kejadian di wilayah Nara kelmarin.

Insiden yang menimpa Abe turut mengejutkan satu dunia, berikutan kadar jenayah yang rendah di negara ini, selain mempunyai undang-undang pemilikan senjata api paling ketat.

Suspek yang menembak Abe menerusi soal siasat oleh polis mengakui mahu membunuh bekas pemimpin tersebut kerana percaya Abe terlibat dalam ‘organisasi yang dibencinya’.

Disebabkan itu, suspek yang dikenali sebagai Tetsuya Yamagami, 41, berdendam dengan Abe dan merancang untuk membunuh bekas perdana menteri tersebut.

Media tempatan melaporkan organisasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan keagamaan.

Polis masih meneruskan siasatan, termasuk dakwaan suspek yang dia pernah berkhidmat dalam pasukan tentera.

Sebelum pukul 6 pagi waktu tempatan semalam, kenderaan yang dipercayai membawa keranda mayat Abe keluar dari perkarangan hospital disini, iaitu lokasi bekas pemimpin itu menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Pasukan perubatan di Hospital Perubatan Universiti Nara memaklumkan, Abe tidak menunjukkan tanda-tanda vital ketika tiba di hospital dan meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya