Rakyat Indonesia digesa pakai semula pelitup muka - Utusan Malaysia

Rakyat Indonesia digesa pakai semula pelitup muka

JOKOWI hadir pada sidang akhbar selepas menunaikan solat Aidiladha di Masjid Istiqlal, tengah Jakarta, Indonesia. - KOMPAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Jokowi Widodo (Jokowi) menggesa orang ramai memakai semula pelitup muka ketika berada di dalam dan luar bangunan.

Gesaan itu dibuat di tengah-tengah kes Covid-19 yang semakin meningkat di negara tersebut.

“Saya ingin mengingatkan rakyat bahawa Covid-19 masih ada, justeru pemakaian pelitup muka sama ada di dalam dan luar bangunan menjadi kemestian,” katanya seperti dilaporkan Kompas.

Sebelum ini, Jokowi menggugurkan mandat pemakaian pelitup muka di luar bangunan.

Katanya, pelonggaran syarat itu berikutan keadaan pandemik Covid-19 semakin terkawal.

Dalam pada itu, Jokowi turut meminta kerajaan tempatan khususnya di bandar besar yang mempunyai bilangan penduduk tinggi untuk mempergiatkan lagi vaksinasi dos penggalak supaya wabak Covid-19 dapat dikawal semula.

“Saya ingin mengingatkan kerajaan tempatan, daerah, wilayah serta tentera dan polis untuk terus melaksanakan vaksinasi dos penggalak kerana ia amat penting,” katanya.

Sementara itu, seramai 169,330,480 orang atau 81.31 peratus penduduk menerima dua dos vaksinasi Covid-19.

Seramai 51,784,125 orang atau 24.86 peratus penduduk sudah menerima dos penggalak atau suntikan ketiga vaksin Covid-19.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN