Putin isytihar kemenangan di Luhansk - Utusan Malaysia

Putin isytihar kemenangan di Luhansk

SEBAHAGIAN bangunan kediaman musnah akibat serangan roket Russia di bandar Bakhmut, Ukraine. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Russia, Vladimir Putin mengisytiharkan kemenangan di wilayah Luhansk, timur Ukraine dan mengarahkan pasukan tenteranya untuk meningkatkan keupayaan tempur mereka.

Pengisytiharan itu dibuat sehari selepas tentera Ukraine berundur dari kubu terakhir di wilayah tersebut.

Memetik laporan The Guardian, komando tentera Ukraine mengesahkan pasukannya dipaksa berundur dari bandar Lysychansk di wilayah Luhansk.

Malah, gabenor wilayah juga memberi amaran tentera Russia cuba merampas seluruh wilayah Donetsk dengan Luhansk yang membentuk kawasan pusat perindustrian Donbas.

Menteri Pertahanan Russia, Sergei Shoigu memaklumkan kepada Putin `operasi ketenteraan’ di Luhansk sudah tamat.

Putin pula mengarahkan pasukan tentera yang mencapai kejayaan dan kemenangan di Luhansk, supaya berehat dan meningkatkan keupayaan tempur mereka.

Sementara itu, Gabenor Luhansk, Serhiy Haidai berkata, beliau menjangka beberapa bandar Donetsk di Sloviansk dan Bakhmut bakal berdepan serangan hebat ketika Russia cuba menguasai Donbas sepenuhnya.

“Kehilangan Luhansk sudah tentu menyakitkan kerana ia merupakan sebahagian wilayah Ukraine.

“Bagi saya, tempat itu amat istimewa kerana saya dilahirkan di sana dan juga ketua wilayah itu,”
katanya.

Jelas beliau, walaupun pengunduran tentera Ukraine dari Lysychansk `sangat menyakitkan’, namun ia tidak bermakna mereka kalah dalam peperangan.

Selain itu, Haidai turut menggesa sekutu negara barat Ukraine membekalkan lebih banyak senjata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya