Puluhan maut banjir, tanah runtuh di Iran dan AS - Utusan Malaysia

Puluhan maut banjir, tanah runtuh di Iran dan AS

SEBAHAGIAN daripada kawasan penempatan yang dinaiki banjir di Kentucky, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas sekurang-kurangnya 53 orang maut akibat bencana banjir yang melanda Iran.

Jurucakap pihak berkuasa, Medi Valipour berkata, setakat ini, 16 orang masih hilang selepas banjir besar menjejaskan 400 oekan dan perkampungan di 18 daripada 31 wilayah di seluruh Iran.

Kawasan paling teruk terjejas adalah di Firouz Kooh di timur laut Teheran, menyaksikan 10 orang terkorban dan enam hilang.

Kawasan itu mengalami kemusnahan teruk akibat tanah runtuh memandangkan ia terletak di kawasan pergunungan.

Media tempatan pula melaporkan, lapan orang terbunuh dalam insiden tanah runtuh yang diakibatkan oleh banjir di perkampungan Imamzadeh Davood di timur barat Teheran.

Dalam perkembangan lain, di Kentucky, Amerika Syarikat (AS), kejadian banjir juga meragut 16 nyawa setakat ini.

Gabenor Kentucky, Andy Beshear berkata, angka korban berkemungkinan meningkat dari semasa ke semasa memandangkan keadaan banjir semakin buruk.

Katanya, enam daripada 16 yang terkorban itu adalah kanak-kanak.

Selain itu, ratusan penduduk diselamatkan pasukan kecemasan menggunakan bot selepas banjir bermula sejak Rabu lalu.

“Masih banyak jalan utama dinaiki air, menyebabkan pasukan keselamatan sukar untuk akses ke sejumlah kawasan penghuni.

“Kami berharap banjir akan surut dalam masa terdekat kerana kami percaya masih ramai penduduk yang terkandas,” kata Beshear. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya