Polis tahan lelaki guna bendera Sri Lanka sebagai kain sarung, cadar katil - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki guna bendera Sri Lanka sebagai kain sarung, cadar katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan pemimpin kesatuan perdagangan negara ini yang didakwa mencuri dua bendera rasmi dari kediaman Gotabaya Rajapaksa dan menggunakannya sebagai  cadar serta kain sarung.

Puluhan ribu penduduk menyerbu kompleks kediaman bekas perdana menteri itu pada awal bulan ini sehingga menyebabkan Rajapaksa melarikan diri ke Singapura dan meletak jawatan.

Pemimpin kesatuan itu ditahan malam semalam selepas tular dalam media sosial menunjukkan dia menggunakan satu daripada bendera rasmi yang diambil dari kediaman tersebut sebagai cadar katilnya dan kain sarung.

“Kami dapat mengenal pasti lelaki itu berdasarkan video yang dikongsi anaknya dalam media sosial.

“Suspek memberitahu dia sudah membakar satu bendera, manakala satu lagi digunakan sebagai cadar dan kain sarung,” kata polis.

Sehubungan itu, lelaki berkenaan ditahan reman selama dua minggu bagi membantu siasatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN