PM Jepun salahkan polis gagal lindungi Abe ketika berkempen

PM Jepun salahkan polis gagal lindungi Abe ketika berkempen

FUMIO KISHIDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semalam menyalahkan polis yang disifatkan gagal memberi perlindungan menyeluruh sehingga menyebabkan kematian bekas perdana menteri, Shinzo Abe.

Abe, ditembak dalam satu kejadian di barat Jepun pada Jumaat lalu dan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Sejumlah pegawai di Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan dan Agensi Polis Kebangsaan ketika ini masih menyiasat sebarang kepincangan yang berlaku.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk membetulkan apa yang sepatutnya dibetulkan, selain meneliti kaedah perlindungan serta keselamatan yang diamalkan di negara lain,” kata Kishida.

Selain itu, Kishida turut mengumumkan rancangan untuk mengadakan upacara pengebumian peringkat negara untuk mendiang Abe dalam tahun ini bagi mengenang jasa dan sumbangannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.

Suspek yang menembak Abe ditahan selepas insiden itu berlaku dan mengakui dia mempunyai niat untuk membunuh pemimpin tersebut.

Tetsuya Yamagumi, 41, menerusi pengakuan kepada polis memaklumkan, dia berdendam dengan Abe kerana percaya pemimpin itu mempunyai kaitan dengan sebuah pertubuhan agama yang menyebabkan ibunya bankrap demi membayar yuran keahlian.

Hasil siasatan mengesahkan ibu suspek merupakan ahli pertubuhan itu, namun Abe tidak mempunyai kaitan dengan pergerakan organisasi terbabit. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya