Perdana Menteri Itali hantar surat letak jawatan

Perdana Menteri Itali hantar surat letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Perdana Menteri Itali, Mario Draghi mengemukakan surat peletakan jawatan selepas rakan gabungan populis, Five Star menarik balik sokongan menerusi undi percaya.

Bagaimanapun, Presiden negara itu enggan menerima peletakan jawatan tersebut.

Bekas Ketua Bank Pusat Eropah itu mengetuai kerajaan perpaduan sejak Februari, tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pakatan amanah yang mengekalkan kerajaan perpaduan sudah hilang di negara itu.

Presiden Sergio Mattarella melantik Draghi bagi mengetuai pemulihan pasca-Covid Itali serta menyelamatkan negara daripada ketidakstabilan endemik.

Beliau menyeru Draghi untuk berucap di Parlimen bagi memberikan gambaran jelas tentang situasi politik.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN