Penunjuk perasaan serbu kediaman Presiden Sri Lanka - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan serbu kediaman Presiden Sri Lanka

SITUASI politik di Sri Lanka wajar dijadikan pengajaran buat pemimpin politik agar Malaysia tidak terpalit dengan masalah sama. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Ribuan penunjuk perasaan menyerbu kediaman Presiden Sri Lanka susulan krisis ekonomi yang berpanjangan dan disifatkan semakin meruncing.

Sejumlah penunjuk perasaan membawa bendera Sri Lanka dan topi keledar memech masuk ke dalam kediaman Gotabaya Rajapaksa, malah ada yg terjun ke dalam kolam renang.

Pasukan tentera dan polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan dan hanya mampu ‘melihat’ ketika penunjuk perasaan melaungkan slogan mendesak Rajapaksa meletakkan jawatan segera.

Menurut sumber kementerian pertahanan, Rajapaksa tiada di kediamannya ketika insiden itu berlaku.

Beliau dipindahkan ke lokasi yang tidak didedahkan sebagai langkah keselamatan.

Terdahulu, pihak berkuasa negara ini menarik balik perintah berkurung yang bertujuan mengekang rusuhan ganas dalam kalangan penunjuk perasaan.

Pelbagai pihak mengecam langkah tersebut dan mengugut untuk menyaman ketua polis negara ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN