Pelajar tak hadiri kelas, pensyarah pulangkan gaji dua tahun - Utusan Malaysia

Pelajar tak hadiri kelas, pensyarah pulangkan gaji dua tahun

LALLAN Kumar memulangkan semula gaji diterima selama dua tahun. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di India bertindak memulangkan semula gaji diterima selama dua tahun kerana pelajar tidak menghadiri kelasnya. 

Lapor The Independent, Lallan Kumar merupakan pembantu profesor yang mengajar bahasa Hindi di Kolej Nitishwar Mahavidyalaya di Muzaffarpur, Bihar.

“Tiada apa-apa untuk diajar, jadi mengapa perlu dibayar gaji,” katanya.   

Menurut Lallan, dia berasa kecewa kerana tiada seorang pelajar yang menghadiri kelasnya.

Lallan kini bimbang masalah itu akan berterusan melainkan dia ditempatkan di kolej lain di negeri tersebut.

Beberapa laporan media menyatakan Lallan sudah memulangkan gaji sebanyak 25,108 pound (RM149,723) kepada kolej.

Namun, pihak pengurusan kolej enggan menerima bayaran balik gaji dan alasan dikemukakan Lallan.

Jelas Lallan, dia tidak ditempatkan di kolej yang mana membolehkannya mengajar kelas pascasiswazah.

Lallan juga mendakwa namanya pernah dikeluarkan beberapa kali daripada senarai perpindahan.

Sementara itu, pihak pengurusan Kolej Nitishwar Mahavidyalaya memaklumkan segala dakwaan dikemukakan Lallan adalah tidak benar.

Katanya, sesi pembelajaran tidak dijalankan secara bersemuka disebabkan pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya