New York City ambil langkah waspada serangan nuklear - Utusan Malaysia

New York City ambil langkah waspada serangan nuklear

JABATAN Pengurusan Kecemasan New York City mengeluarkan video mengenai langkah waspada serangan nuklear di bandar itu. - YOUTUBE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Majlis perbandaran New York City mengeluarkan pengumuman perkhidmatan awam (PSA) bagi serangan nuklear sebagai langkah berjaga-jaga di bandar berkenaan. 

Lapor Daily Mail, pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas media Russia mendakwa Presiden Vladimir Putin mampu menghapuskan bahagian Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).

Dalam sebuah klip video yang disiarkan Isnin lalu, Jabatan Pengurusan Kecemasan bandar itu memaklumkan langkah waspada serangan nuklear kepada penduduk New York.

“Sekiranya serangan nuklear berlaku di bandar ini, apa yang perlu kita lakukan ?

“Walaupun serangan senjata nuklear berlaku di atau berhampiran New York City adalah sangat rendah namun penting bagi penduduk mengetahui langkah waspada untuk kekal selamat,” kata jurucakap majlis perbandaran.

Jurucakap itu juga menggalakkan penduduk New York mengikuti `langkah-langkah penting dan mudah’ sekiranya berlaku kejadian sedemikian.

Katanya, penduduk New York hanya perlu mengikut tiga langkah mudah iaitu `masuk ke tempat selamat, kekal berada di dalam dan tunggu’ untuk pengumuman lanjut mengenai tindakan seterusnya.

Jurucakap itu turut meminta orang ramai untuk tidak keluar sehingga pihak berkuasa memaklumkan kawasan itu selamat.

“Sekiranya anda berada di luar selepas letupan berlaku, segera bersihkan diri anda.

“Tanggalkan pakaian luaran untuk menjauhkan habuk radioaktif atau debu dari badan anda,” jelasnya.  

Penduduk New York juga dinasihatkan untuk menuju ke ruang bawah tanah sekiranya mereka mempunyai kemudahan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya