Lima cedera serangan dron ke atas kapal perang Russia - Utusan Malaysia

Lima cedera serangan dron ke atas kapal perang Russia

KAPAL tentera laut Russia berlabuh di Sevastopol, Crimea di Laut Hitam. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Lima orang cedera dalam satu serangan dron ke atas kapal perang Russia di pelabuhan Crimea, Sebastopol.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar, Mikhail Razvozhayev menerusi telegram.

Katanya, mangsa yang cedera turut terdiri daripada kakitangan staf tentera.

“Pagi ini, tentera Ukraine memutuskan untuk merosakkan Hari Armada Russia yang disambut pada Ahad,” katanya.

Menurut Razvozhayev, semua acara sambutan ‘dibatalkan atas sebab keselamatan’ dan penduduk bandar itu diminta untuk kekal berada di rumah ‘sekiranya boleh’.

Sambutan besar-besaran akan berlangsung di Russia, termasuk perarakan tentera laut di Saint Petersburg yang akan dihadiri oleh Presiden Vladimir Putin.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pasukan Ukraine merampas semula wilayah yang dikepung tentera Russia sejak pencerobohan mereka pada 24 Februari lalu.

Rabu lalu, serangan Ukraine memusnahkan sebuah jambatan utama di bandar Kherson, yang dikepung tentera Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya