Lelaki disangka mati sebenarnya sedang meditasi

Lelaki disangka mati sebenarnya sedang meditasi

meditasi
PENDUDUK turun ke dalam air untuk memeriksa keadaan lelaki yang disangka meninggal dunia. - ODITTY CENTRAL 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sekumpulan penduduk terkejut selepas menemukan seorang lelaki tua yang disangka meninggal dunia dan mayatnya terapung di sebuah sungai di Bangkok, sebenarnya masih hidup.  Memetik laporan Oddity Central, lelaki itu sebenarnya sedang meditasi.

Satu rakaman video menunjukkan orang ramai berkerumun di tepi sungai selepas menemukan mayat terapung dalam air yang dipenuhi dengan sampah sarap. 

Dalam video tersebut, seorang penduduk dilihat turun ke dalam air untuk memeriksa keadaan lelaki itu. Namun terkejut setelah didapati dia bercakap sebaik sahaja menyentuh badannya.

“Kami sangka lelaki itu sudah meninggal dunia. Orang ramai menjerit memanggil namun dia tidak bergerak.

“Apabila seorang penduduk cuba menarik keluar lelaki itu, dia secara tiba-tiba bercakap dan memaklumkan sedang meditasi,” kata seorang anggota penyelamat, Sommatr Promvog.

Jelas Promvog, pasukan perubatan memeriksa kesihatan lelaki itu selepas membantunya keluar dari terusan tersebut. 

Katanya, pihaknya mendapati lelaki itu dalam keadaan sedar dan kesihatannya juga baik. 

“Lelaki itu dihantar pulang agar dia boleh mencari tempat yang sesuai untuk bermeditasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN