Lelaki ancam PM Singapura ditembak seperti Abe

Lelaki ancam PM Singapura ditembak seperti Abe

Komputer riba merupakan peranti paling banyak dibuang rakyat Malaysia untuk dijadikan e-waste. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan pihak berkuasa Singapura kelmarin selepas dia didakwa mengancam melakukan keganasan terhadap Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Menurut polis, mereka menerima laporan pada pukul 3.10 petang berhubung ancaman terhadap perdana menteri.

Ancaman itu ditemukan dalam bahagian komen laman Facebook Channel News Asia mengenai insiden tembakan yang mengorbankan bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Polis kemudiannya melakukan siasatan dan berjaya mengenal pasti identiti suspek.

Lelaki itu ditahan dalam tempoh lima jam selepas laporan dibuat, selain polis merampas komputer riba, tablet dan empat telefon bimbit.

Polis memaklumkan, siasatan masih berlangsung.

“Polis tidak memberi muka kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keganasan di republik ini,” jelas pihak berkuasa.

Mana-mana pihak yang didapati sengaja membuat komunikasi menerusi rekod elektronik yang mengandungi hasutan keganasan boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya