KL tempat ke-33 bandar terbaik dunia 2022  - Utusan Malaysia

KL tempat ke-33 bandar terbaik dunia 2022 

KUALA Lumpur menduduki tempat ke-33 bandar terbaik di dunia bagi 2022. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kuala Lumpur disenaraikan sebagai bandar yang lebih baik berbanding beberapa bandar raya terkenal dunia seperti Dubai, Los Angeles dan Singapura.

Penarafan itu dibuat oleh majalah Time Out yang menyenaraikan 53 bandar terbaik di dunia bagi 2022.

Dalam senarai itu, Kuala Lumpur menduduki tempat ke-33 bandar terbaik di dunia. 

Dubai, Los Angeles dan Singapura pula masing-masing berada di kedudukan ke-40, ke-42 dan ke-44. 

Lapor Time Out, bandar Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan.  

Malah, Kuala Lumpur juga menjadi salah satu daripada `syurga’ makanan di dunia.  

“Jadi, ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila bandar itu memperoleh skor tinggi dalam indeks penilaian makanan dan minuman pada tahun ini,” jelas laporan itu.

Menurut laporan tersebut, sebanyak 94 peratus responden indeks di Kuala Lumpur teruja dan menikmati makanan di bandar berkenaan.  

Laporan itu turut menyatakan Kuala Lumpur juga mempunyai masakan dan restoran sangat terkenal dengan campuran dan kepelbagaian budaya masakan.

“Daripada makanan penjaja sehingga restoran jenis kasual dan mewah, kepelbagaian budaya serta masakan dipaparkan,” jelas laporan itu. 

Selain itu, keindahan pemandangan seni dan budaya di bandar berkenaan yang semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu dan melonjak selepas pasca perintah berkurung, juga menjadi antara faktor disenaraikan pada kedudukan itu.

“Sama ada seni halus, teater atau muzik anda boleh menemui ramai bakat tempatan di sana,” jelasnya.

Tambahnya, sebanyak 77 peratus responden menggambarkan Kuala Lumpur sebagai bandar yang memiliki kepelbagaian etnik, budaya dan warisan sejarah.     

Sebanyak 62 peratus responden pula memuji semangat kemasyarakatan yang terdapat di bandar berkenaan.

Tinjauan dilakukan majalah itu berdasarkan pandangan hampir 20,000 penduduk bandar global.

 Untuk menyenaraikan kedudukan tahun ini, rangkaian editor dan pakar global Time Out mengambil kira faktor seperti suasana, makanan, minuman, kehidupan malam, seni dan budaya serta semangat kemasyarakatan.

Sementara itu, Edinburgh di Scotland berada pada kedudukan teratas dalam senarai bandar terbaik dunia 2022.

Menurut laporan itu, Chicago di Amerika Syarikat (AS) menduduki tempat kedua manakala Medellin di Colombia di tangga ketiga dalam senarai berkenaan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya