TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menyatakan bekas pemimpin Shinzo Sbe kini dalam keadaan amat kritikal selepas ditembak dalam satu insiden pagi ini.
Katanya, beliau berharap Abe akan selamat dan cepat sembuh.
“Keadaan Abe ketika ini amat kritikal dan kami semua berharap beliau akan terselamat.
“Insiden yang berlaku pada pagi ini tidak boleh dimaafkan walau apa jua sebab sekali pun.
“Pihak yang bertanggungjawab akan diheret ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman paling tegas,” katanya.
Terdahulu, Abe ditembak individu tidak dikenali ketika berucap dalam acara kempen menjelang pilihan raya Dewan Perwakilan Ahad ini di wilayah Nara.
Akibat insiden tu, Abe dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital.
Suspek yang melepaskan tembakan juga sudah ditahan pihak berkuasa. – AFP