Justin Bieber sambung semula siri konsert jelajah dunia

Justin Bieber sambung semula siri konsert jelajah dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi Pop, Justin Bieber bakal menyambung semula siri jelajah Konsert Justice pada 31 Julai ini.

Sebelum ini, Bieber terpaksa menangguhkan beberapa tarikh siri konsert di Amerika Utara selepas disahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt yang menyebabkan masalah ‘kelumpuhan wajah’.

Bieber akan menyambung konsert jelajah dunianya di Festival Musim Panas di Itali, disusuli lima persebahan di Eropah pada Ogos depan.

Penyanyi lagu Baby itu kemudian dijadual meneruskan siri jelajahnya ke Amerika Selatan pada September, sebelum ke Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand.

Siri jelajahnya kembali ke Eropah antara Januari hingga Mac tahun depan.

Konsert Bieber di Singapura pula dijadualkan 25 Oktober di Stadium Negara.

Bagaimanapun, penyanyi itu belum mengumumkan lagi tarikh baharu untuk persembahan yang ditangguhkan di Amerika Utara.

Selepas berkongsi mengenai penyakitnya dalam Instagram 10 Jun lalu, Bieber terpaksa membatalkan persembahan di Washington DC, Toronto dan New York serta diikuti beberapa konsert di Amerika Utara.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN