Hujan lebat landa Jepun, 400,000 penduduk diarah berpindah - Utusan Malaysia

Hujan lebat landa Jepun, 400,000 penduduk diarah berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Lebih 400,000 penduduk di barat Jepun dinasihatkan berpindah segera selepas negara ini dilanda hujan lebat yang berisiko mencetuskan banjir besar.

Lapor Sputnik yang memetik NHK, makluman itu dikeluarkan kepada 190,000 isi rumah di wilayah Fukuoka, Saga, Oita, Yamaguchi dan Shimane, merangkumi sekitar 410,000 penduduk.

Pada Sabtu lalu, lebih 138,000 penduduk digesa berpindah disebabkan risiko tanah runtuh dan banjir disebabkan hujan lebat yang sudah berterusan selama beberapa hari.

Pakar cuaca menjangkakan Pulau Kushu akan menerima sehingga 250 milimeter hujan menjelang pagi esok, manakala sebahagian pulau utama Honshu dan Shikoku pula bakal mengalami hujan sehingga 200 milimeter.

Kadar hujan di beberapa kawasan juag dilaporkan sudah melebihi 100 milimeter sejam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN