Hasil bedah siasat mayat polis dibunuh ambil masa 2 bulan

Hasil bedah siasat mayat polis dibunuh ambil masa 2 bulan

INSPEKTOR Ferdy Sambo (kiri) didakwa mengesyaki isterinya, Putri Candrawathi (tengah) mempunyai hubungan dengan Sarjan Nopryansyah Yosua Hutabarat (kanan). - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAROJAMBI: Pasukan forensik yang melakukan bedah siasat kali kedua terhadap mayat anggota polis yang disyaki dibunuh, Nopryansyah Yosua Hutabarat memaklumkan punca sebenar kematian lelaki itu akan diketahui dalam masa sebulan hingga dua bulan.

Ketua pasukan forensik, Ade Firmansyah Sugiharto berkata, tempoh masa itu diperlukan bagi melakukan penelitian dan pemeriksaan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anggota polis tersebut.

Katanya, terdapat beberapa kesan luka yang terdapat pada badan mayat perlu diperiksa secara teliti menggunakan peralatan khas.

“Kita perlu lebih teliti kali ini bagi memastikan punca kematian Nopryansyah dapat dikenal pasti, sama ada dia dibunuh secara terancang atau tanpa niat.

“Kesemua sampel yang diambil akan diuji di sebuah makmal hospital di Jakarta dan polis akan umumkan hasil bedah siasat itu sebaik sahaja keputusan diperoleh,” katanya seperti yang dilaporkan CNN Indonesia.

Nopryansyah yang berpangkat sarjan ditugaskan melindungi keluarga Ferdy dilaporkan terbunuh akibat ditembak pada 8 Julai lalu.

Pemeriksaan hospital mendapati terdapat beberapa kesan tembakan pada badannya selain kesan lebam dan tulang bahu serta tulang rahang terkehel, sekali gus mencetuskan spekulasi Nopryansyah ditembak oleh anggota polis lain di rumah Ferdy.

Polis juga tidak menolak kemungkinan mangsa cuba melakukan serangan seksual terhadap isteri Ferdy sehingga mencetuskan pertengkaran yang berakhir dengan pembunuhan.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) mendakwa mangsa mungkin ditembak dari jarak dekat berdasarkan kesan tembakan pada mayat mangsa.

Pesuruhjaya Komnas HAM, Choirul Anam berkata, dakwaan itu dibuat berdasarkan bedah siasat kali kedua yang dilakukan baru-baru ini.

Selain itu, dia juga memaklumkan, Nopryansyah masih hidup ketika tiba di kediaman Ferdy di Duren Tiga, Jakarta Selatan.

Katanya, maklumat itu diperoleh berdasarkan video dan rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh suruhanjaya tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya