Hampir 60 orang maut hujan lebat, banjir di Pakistan - Utusan Malaysia

Hampir 60 orang maut hujan lebat, banjir di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUETTA: Banjir besar mengorbankan puluhan orang dan menyebabkan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal di Pakistan, ketika hujan monsun melanda negara itu.

Menurut penasihat bencana dan hal ehwal dalam negeri kepada ketua menteri wilayah itu, Ziaullah Langove, di wilayah selatan Balochistan, 57 orang termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh selepas dihanyutkan arus deras.

Tambahnya, hujan lebat berterusan akibat bencana alam yang luar biasa kali ini turut mengakibatkan lapan empangan pecah.

Selain itu, ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka runtuh susulan hujan lebat dan banjir.

Hujan lebat yang melanda negara itu sejak beberapa hari lalu menyebabkan sebahagian besar bandar terbesar di Pakistan, Karachi, ditenggelami air.

Di negara jirannya, Afghanistan, 24 orang terbunuh akibat banjir di timur dan selatan negara itu, kata jurucakap agensi pengurusan bencana kelmarin.

Tentera Laut Pakistan berkata, pihaknya turut serta dalam usaha memindahkan mangsa banjir dan menghantar air bersih ke Balochistan.

Pada 2010, banjir terburuk melanda Pakistan dengan 20 juta penduduk terjejas. Kejadian itu turut mengakibatkan kerugian infrastruktur mencecah berbilion dolar dengan sebahagian besar tanaman musnah apabila 20 peratus negara itu ditenggelami air. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya