Gelombang haba ragut 1,700 nyawa di Sepanyol, Portugal

Gelombang haba ragut 1,700 nyawa di Sepanyol, Portugal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan gelombang haba yang melanda Eropah menyebabkan lebih 1,700 kematian di semenanjung Iberia, sekali gus menggesa tindakan bersama untuk mengatasi perubahan iklim.

Pengarah Rantau Eropah WHO, Hans Kluge berkata, pendedahan kepada cuaca panas ekstrem akan menyebabkan masalah kesihatan sedia ada menjadi lebih teruk dan
berisiko tinggi kepada bayi, kanak-kanak serta warga emas.

“Sepanjang beberapa dekad lalu, ratusan ribu orang meninggal dunia disebabkan suhu panas ekstrem sewaktu gelombang haba yang berlarutan yang seringkali disebabkan kebakaran hutan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, angka itu adalah anggaran awal berdasarkan laporan pihak berkuasa nasional dan jumlah itu akan semakin naik pada hari-hari mendatang.

“Apa yang paling penting, insiden minggu ini menekankan sekali lagi perlunya tindakan menangani perubahan iklim di seluruh Eropah,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN