'Epah' jadi pilihan Jokowi sambut Aidiladha

‘Epah’ jadi pilihan Jokowi sambut Aidiladha

jokowi
LEMBU seberat 1.1 tan ini dibeli Jokowi untuk dijadikan haiwan korban pada Aidiladha. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENDARI: Presiden Jokowi membeli seekor lembu seberat 1.1 tan dari daerah Konawe untuk dijadikan haiwan korban pada Hari Raya Aidiladha tahun ini di Sulawesi Tenggara.

Lembu jenis Simmental itu merupakan milik penterak Ade Arianto, 26.

Katanya, lembu berusia tiga tahun itu dibeli Jokowi pada harga 110 juta rupiah (RM32,371).

“Saya berbesar hati lembu ternakan saya menjadi pilihan Presiden Jokowi untuk dijadikan haiwan korban pada Aidiladha tahun ini.

“Pada tahun lalu, lembu saya tidak dipilih kerana tidak menepati kriteria dan kali ini, syukur alhamdulillah lembu saya dipilih juga,” katanya seperti yang dilapor Kompas.com 

Ade menceritakan, dia mempunyai minat untuk menternak haiwan sejak dari kecil dan sehingga kini, beliau sudah mempunyai 13 lembu dengan pelbagai jenis baka termasuk Limosin dan Simmental.

Jelas penternak muda itu, dia menamakan lembu yang dibeli Jokowi sebagai Epah.

“Epah adalah lembu yang dikacukkan antara lembu Brahman dari Australia dengan lembu Bali.

“Makanan Epah mahal bagi memastikan kesihatan dan kualiti dagingnya terjamin,” ujar pemuda tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.