Elak bayar cukai RM65 juta, penyanyi Shakira bakal dipenjara lapan tahun

Elak bayar cukai RM65 juta, penyanyi Shakira bakal dipenjara 8 tahun

SHAKIRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Bintang pop Shakira berdepan hukuman penjara selama lapan tahun sekiranya dia didapati bersalah melakukan penipuan cukai berjumlah 12 juta pound (RM65 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwa raya Sepanyol juga menuntut penyanyi berusia 45 tahun itu membayar denda berjumlah 19 juta pound (RM103 juta) yang ketika ini berdepan enam pendakwaan penipuan cukai antara 2012 dan 2014.

Perkara itu didedahkan apabila penyanyi kelahiran Colombia itu enggan menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

Shakira juga dipercayai sudah membayar 3 juta pound (RM16.3 juta) berserta faedah bagi menyelesaikan hutangnya kepada kerajaan.

Lapor Daily Mail, Shakira atau nama penuhnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll dituduh berpura-pura menetap di luar negara untuk mengelak membayar cukai.

Penyanyi itu didakwa menggunakan pengurusan tidak sah di sisi undang-undang dari 2012 hingga 2014 ketika masih menjalin hubungan dengan bintang bola sepak, Gerard Pique.

Jurucakap kepada Shakira menjelaskan, penyanyi itu sentiasa memberi kerjasama untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Namun, jurucakapnya menyatakan pihak berkuasa Sepanyol memberi tekanan kepada penyanyi itu sehingga ‘mencabuli haknya’.

Shakira sebelum ini membayar cukai ketika menetap di Bahamas dan hanya mendaftar sebagai pembayar cukai di Sepanyol pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN