Terus didesak berundur, PM Britain sedia lepaskan jawatan

Terus didesak berundur, PM Britain sedia lepaskan jawatan

BORIS JOHNSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memaklumkan beliau bersedia melepaskan jawatannya selepas didesak pelbagai pihak supaya berundur segera jika tidak mahu politik di negara ini ‘terumbang-ambing’.

Terdahulu, Johnson mengulangi pendiriannya tidak akan meletak jawatan biarpun semakin ramai barisan menteri berhenti dalam Kabinet pimpinannya.

Malahan, pemimpin itu akan terus ‘melawan’ bagi mengekalkan kedudukannya dalam kerajaan.

Menurut sumber, beberapa menteri Kabinet bertemu Johnson di Downing Street mendesaknya untuk berundur, selepas lebih 30 peletakan jawatan dari dalam kerajaan dan ramai Ahli parlimen Konservatif ‘memberontak secara terbuka’.

Seorang daripada menteri memintanya berundur secara bermaruah dengan menetapkan sendiri bila beliau akan meletak jawatan berbanding berdepan undi tidak percaya.

Peguam negara England dan Wales, Suella Braverman turut menggesa Johnson meletak jawatan dan menjadi anggota Kabinet pertama memaklumkan bakal bertanding untuk menggantikannya dalam sebarang pemilihan kepemimpinan dalam parti Konservatif.

“Saya percaya sudah tiba masanya Perdana Menteri berundur. Jika ada pemilihan, saya akan mencalonkan diri,” kata Braverman kepada ITV, selain menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya sebagai peguam.

Johnson berdepan dengan pelbagai kritikan berhubung intergitinya selepas beliau terpaksa memohon maaf kerana melantik seorang ahli Parlimen memegang jawatan membabitkan isu agama tanpa menyedari individu itu terpalit dengan dakwaan salah laku seksual.

Pelantikan itu merupakan krisis terbaharu dalam pentadbiran Johnson selepas beliau dibelenggu skandal serta kesilapan, termasuk terlibat dalam parti di kediaman dan Downing Street semasa perintah berkurung Covid-19.

Terdahulu, Johnson memecat menteri kanan, Michael Gove yang didakwa meminta beliau meletak jawatan dan semalam, Setiausaha Negara Wales, Simon Hart pula meletakkan jawatan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya