Beli beg Coach terpakai harga RM31, jumpa wang tunai didalamnya RM1,332

Beli beg Coach terpakai harga RM31, jumpa wang tunai didalamnya RM1,332

LYNORA Silverman turut menemukan nota mengenai suami bekas pemilik beg dibelinya. - TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHILADELPHIA: Seorang wanita menemukan wang tunai sebanyak AS$300 (RM1,332) disembunyikan dalam sebuah beg tangan jenama Coach terpakai yang dibelinya.

Lapor Daily Mail, Lynora Silverman, 56, dari Philadelphia, Pennsylvania turut menemukan nota mengenai suami bekas pemilik beg yang curang.

Silverman mendedahkan penemuan misteri itu dalam satu video TikTok yang kini menjadi tular.

Dalam video tersebut, Silverman menjelaskan dia membeli beg tangan itu daripada persatuan Salvation Army pada harga AS$6.99 (RM31).

“Ketika membersihkan beg, saya terjumpa sekeping sampul surat mengandungi wang tunai AS$300 (RM1,332), namun lebih mengejutkan apabila turut menemukan surat daripada pemilik beg terdahulu bernama Martha,” katanya.

Silverman berkata, Martha meninggalkan surat mengenai bagaimana beg Coach itu pernah menjadi milik teman wanita suaminya yang curang.

“Martha memaklumkan dia mula memakai beg itu setiap hari selepas teman wanita suaminya meninggalkannya di rumah mereka dan sering tertanya sama ada suaminya perasaan beg itu adalah miliknya,” katanya.

Berhubung wang, katanya, Martha menjelaskan bahawa anak-anaknya akan menderma hartanya apabila dia meninggal dunia.

“Oleh itu, dia menyembunyikan harta pusaka mereka dalam barang kegemarannya,” katanya.

Video Silverman ditonton lebih 8.8 juta kali dan menerima pelbagai reaksi daripada ribuan pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya