PETALING JAYA: Perkataan ‘Babi’ sohor kini di Twitter hari ini dek penangan drama bersiri Korea Selatan berjudul Yumi’s Cells 2.
Yoo Ba-Bi merujuk kepada watak lakonan pelakon lelaki, Jin Young yang menjalinkan hubungan dengan Kim Yu Mi lakonan Kim Go-Eun.
Drama bersiri 14 episod ini mengisahkan seorang pekerja pejabat biasa bernama Yu Mi yang bergelut untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya.
Young pula melakonkan watak rakan sekerja, Ba-bi yang menawan sehingga menjadi teman lelaki wanita itu.
Sebelum ini, Yu Mi pernah mengalami perpisahan yang menyayat hati dengan Ba-bi demi mengejar kebahagiaan sebenar.
Yu Mi dikatakan akan bertemu Ba-bi buat kali pertama selepas mereka berpisah.
Rata-rata netizen memuji lakonan hebat pelakon Korea Selatan itu sehingga membuatkan penonton berasa sebak.
“Saya ingatkan Ba-bi akan memutuskan hubungan mereka berdua, tetapi sebaliknya apabila mengajak Yu Mi berkahwin,” kata Mikay.
Selain lakon layar, sinematografi drama itu juga menarik perhatian penonton seperti aspek sudut kamera dan pencahayaan sehingga membuatkan penonton berasa begitu dekat dengan perbualan dua watak utama itu.