Abu 8,000 mayat mangsa perang Nazi ditemukan di Poland

Abu 8,000 mayat mangsa perang Nazi ditemukan di Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Sebuah kubur besar yang mengandungi abu manusia membabitkan 8,000 mayat, ditemukan berhampiran bekas kem tahanan Nazi di Poland.

Lapor Al Jazeera, Institut Peringatan Negara memaklumkan abu itu ditemukan berhampiran kem tahanan Soldau yang kini dikenali sebagai Dzialdowo, utara Warsaw.

“Ini adalah bukti betapa telitinya warga Jerman cuba menghapuskan kesan pembunuhan secara beramai-ramai yang mereka lakukan di Eropah Timur,” jelas institut itu dalam kenyataan.

Institut Peringatan Negara bertanggungjawab menyiasat jenayah dilakukan ketika penjajahan Nazi di Poland dan era Komunis.

Nazi Jerman membina kem itu ketika menjajah Poland semasa Perang Dunia Kedua serta menggunakannya sebagai tempat transit, tahanan dan penghapusan orang Yahudi, penentang politik dan ahli elit negara itu.

Dianggarkan jumlah banduan yang terbunuh di kem tahanan Soldau adalah 30,000 orang namun jumlah sebenar belum dapat dipastikan.

Sementara itu, pegawai penyiasat, Tomasz Jankowski berkata, penemuan hampir 15,800 kilogram (kg) abu manusia bermaksud sekurang-kurangnya 8,000 orang didakwa meninggal dunia di kawasan itu.

Anggaran itu berdasarkan berat mayat dengan kira-kira 2kg berat satu badan individu.

“Mangsa yang dikebumikan di kubur besar `mungkin dibunuh’ sekitar 1939 dan kebanyakannya adalah milik elit Poland,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN