Abang Presiden Sri Lanka tak rancang tinggalkan negara - Utusan Malaysia

Abang Presiden Sri Lanka tak rancang tinggalkan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Bekas Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meninggalkan negara.

Lapor Al Jazeera, pembantu kepada Mahinda berkata, pemimpin itu tidak akan melarikan diri ke luar negara sepertimana dilakukan oleh dua adik lelakinya, Gotabaya dan Basil Rajapaksa.

“Mahinda yang juga bekas Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka menegaskan tidak mempunyai rancangan demikian.

“Anak sulung Mahinda iaitu Namal yang juga bekas menteri sudah menyatakan tidak akan meninggalkan negara ketika mengalami krisis terburuk sejak 1948.

“Mereka berdua secara jelas memaklumkan tidak akan meninggalkan Sri Lanka.

“Mahinda juga memberitahu beliau berasa sedih dengan situasi sedang berlaku,” katanya.

Keluarga Rajapaksa termasuk Mahinda mendominasi politik Sri Lanka selama bertahun-tahun dan kebanyakan rakyat menyalahkan mereka atas krisis yang berlaku ketika ini.

Sebelum ini, Presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri ke Maldives lebih awal tanpa membuat pengumuman rasmi mengenai peletakan jawatannya.

Beliau kemudian meninggalkan Maldives dengan menaiki pesawat penerbangan Saudia Airlines (Saudia) menuju ke Singapura.

Seorang lagi adik Rajapaksa, Basil yang juga bekas Menteri Kewangan dilaporkan meninggalkan Sri Lanka pada minggu ini ketika pergolakan politik semakin memuncak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN