fbpx

34 maut, bas terjunam ke dalam sungai di Kenya

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 34 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai, kawasan yang sering berlaku di tengah Kenya, kata seorang pegawai tempatan.

Kejadian itu berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan dari bandar Meru menuju ke bandar pesisir Mombasa.

Bas itu terjunam dari jambatan kira-kira 40 meter ke dalam lembah Sungai Nithi.

Beberapa gambar disiarkan di media tempatan menunjukkan bas itu remuk selepas jatuh dari cerun curam.

Malah, laporan menyatakan serpihan dan mayat berselerak di dalam dan di tebing sungai.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Kebangsaan (NTSA) menerusi kenyataan di Twitter memaklumkan 33 orang meninggal dunia.

Menurut NTSA, pihaknya juga sudah menghentikan operasi syarikat bas itu, Modern Coast Express Ltd.

“Siasatan menyeluruh terhadap nahas dan penilaian standard operasi keselamatan pengendali sedang dilaksanakan,” katanya.

Pesuruhjaya Daerah Norbert Komora kemudian mengesahkan jumlah kematian meningkat kepada 34 orang.

“Terdapat 45 orang dalam bas berkenaan dan setakat ini kami mengira 42 individu.

“Angka ini merupakan mangsa yang berada di hospital atau sudah meninggal dunia. Kami masih mencari tiga daripadanya,” katanya. – AFP

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!