20 maut, 30 hilang bot terbalik di Pakistan - Utusan Malaysia

20 maut, 30 hilang bot terbalik di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan 30 lagi hilang selepas bot yang membawa lebih 100 penumpang terbalik di sebuah sungai di tengah Pakistan.

Lapor Al Jazeera, menurut pihak berkuasa menerusi kenyataan, bot yang sesak dengan penumpang itu menuju ke majlis perkahwinan apabila terbalik di sungai Indus di wilayah Sadiqabad.

Jelas kenyataan itu, kira-kira 90 orang berjaya diselamatkan serta kebanyakan penumpang itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Pegawai kerajaan, Aslam Tasleem berkata, kesemua penumpang bot itu merupakan rombongan pengantin keluarga yang menyeberangi sungai dalam perarakan perkahwinan.

“Setakat ini, kami menemukan 20 mayat dan kebanyakan mangsa adalah wanita.

“Kami tidak pasti berapa ramai berada dalam bot itu. Anggaran itu berdasarkan kenyataan ahli keluarga tersebut,” katanya kepada saluran Geo News.

Terdahulu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menerusi Twitter menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Tambah kenyataan, seramai 35 penyelam dari perkhidmatan penyelamat kerajaan mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa di lokasi kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya