Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan - Utusan Malaysia

Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

PETUGAS perubatan melakukan ujian Covid-19 terhadap penduduk di pasar makanan laut di Samut Sakhon, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand menarik balik mandat pemakaian pelitup muka berkuatkuasa serta-merta ketika situasi Covid-19 di negara ini semakin baik.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pemakaian pelitup muka kini adalah secara sukarela dan tiada lagi kewajipan.

Kelonggaran itu melibatkan pemakaian pelitup muka di semua tempat termasuk di kawasan tertutup atau terbuka.

Namun, pihak berkuasa kesihatan negara ini menasihatkan orang ramai supaya mengenakan pelitup muka jika berada di tempat orang ramai, terutamanya ketika penjarakan sosial tidak boleh dilakukan.

Bagi golongan berisiko, termasuk warga emas, mereka juga dinasihatkan supaya terus memakai pelitup muka di kawasan tumpuan ramai bagi mengelak risiko jangkitan.

Sejak Jumaat lalu, Jabatan Kawalan Penyakit Thailand melaporkan sebanyak 2,313 kes jangkitan baharu dan 16 kematian.

Sejak Januari 1, Thailand merekodkan sebanyak 8,861 kematian akibat Covid-19. – CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya