Taliban Pakistan isytihar gencatan senjata dengan Islamabad - Utusan Malaysia

Taliban Pakistan isytihar gencatan senjata dengan Islamabad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban Pakistan mengisytiharkan gencatan senjata dengan Islamabad, tanpa penetapan tempoh tertentu, sejajar ‘kemajuan besar’ dicapai dalam rundingan damai yang berlangsung di ibu kota Afghanistan.

Sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa pada tahun lalu, semakin banyak dakwaan Islamabad berhubung serangan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), terutama di sepanjang sempadan pergunungan dengan Afghanistan.

Rundingan damai yang digerakkan Taliban Afghanistan di Kabul sejak beberapa minggu lalu, membawa Islamabad bersemuka dengan TTP selepas konflik berlarutan lebih sedekad.

Usaha itu berjaya mencatat perkembangan memberangsangkan selepas delegasi baharu pemimpin puak dari Pakistan tiba di Kabul, Selasa lalu, untuk pusingan baharu dalam rundingan dengan TTP.

“Hasil mesyuarat selama dua hari, kemajuan besar telah dicapai. Susulan itu, kepimpinan TTP melanjutkan gencatan senjata hingga makluman lanjut,” kata jurucakap kumpulan itu, Muhammad Khurasani dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kabul.

“Bagi terus membawa rundingan itu ke depan lagi, mesyuarat lanjut akan diadakan,” kata Khurasani.

Sementara itu, pegawai Kerajaan Pakistan yang enggan dikenali memaklumkan bahawa rundingan diadakan di Kabul itu sedang menuju ‘ke arah positif’.

Wilayah pergunungan di sempadan Afghanistan dan Pakistan telah sekian lama dibelenggu kemelut pertempuran.

Tahun lalu, Pakistan mengadakan rundingan damai dengan TTP ketika gencatan senjata selama sebulan, namun gencatan senjata itu akhirnya gagal bertahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya