Taliban akui tiada dana bantu mangsa gempa bumi, rayu bantuan

Taliban akui tiada dana bantu mangsa gempa bumi, rayu bantuan

SEORANG kanak-kanak yang cedera akibat gempa bumi diberikan rawatan kecemasan di hospital di bandar Sharan, wilayah Paktika, Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Kerajaan Taliban merayu bantuan serta sokongan dunia ketika negara itu berdepan dengan bencana alam terburuk selepas gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter meragut lebih 1,000 nyawa dan sekurang-kurangnya 1,500 cedera.

Lapor BBC, wilayah Paktika di timur Afghanistan menjadi lokasi paling teruk terjejas akibat gempa tersebut dan pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kini bertungkus-lumus menyalurkan bantuan segera.

Dianggarkan banyak lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan rumah dan bangunan, selain operasi mencari serta menyelamat disukarkan dengan hujan dan kekurangan jentera berat.

Beberapa mangsa yang terselamat memaklumkan, sejumlah kampung musnah sepenuhnya akibat gempa tersebut, selain banyak jalan dan menara telekomunikasi rosak.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menjangkakan jumlah korban meningkat dari semasa ke semasa.

Gempa bumi itu merupakan yang terburuk pernah berlaku di negara ini dalam tempoh dua dekad, sekali gus menjadi cabaran utama kepada Taliban yang berusaha memulihkan semula Afghanistan.

Pegawai kanan Taliban, Abdul Qahar Balkhi berkata, kewangan kerajaan ketika ini tidak mampu membantu semua penduduk yang terjejas.

“Kami amat memerlukan bantuan dunia kerana bencana yang berlaku ketika ini merupakan paling teruk.

“Tolak ketepi semua perbezaan fahaman anda, bantulah rakyat Afghanistan yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memaklumkan agensi itu sudah bersedia menghantar semua bantuan yang diperlukan termasuk perubatan, bekalan asas dan perlindungan sementara.

Kebanyakan kes kematian dilaporkan berlaku di daerah Gayan dan Barmal di Paktika.

Selain itu, kekurangan kemudahan perubatan turut menyumbang kepada peningkatan jumlah korban memandangkan ramai mangsa yang cedera meninggal dunia akibat tidak mendapat rawatan sewajarnya.

Sejumlah petugas perubatan turut terkorban dalam gempa bumi tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya