Sri Lanka had bahan api kenderaan persendirian - Utusan Malaysia

Sri Lanka had bahan api kenderaan persendirian

sri lanka
PENUNGGANG motosikal dan pemandu kenderaan berbaris panjang untuk mengisi bahan api di stesen minyak di Colombo, Sri Lanka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sri Lanka tidak akan menerima penghantaran bekalan petrol, diesel dan minyak mentah yang sepatutnya dijadulakna tiba minggu ini dan minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera semalam.

Beliau berkata, pembekal sudah memaklumkan kepada pengimport dan pengedar bahan api, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) bahawa penghantaran tidak dapat dibuat mengikut jadual berikutan masalah perbankan dan logistik.

“Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan industri akan diberi keutamaan sehingga penghantaran bekalan bahan api seterusnya tiba.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak beratur untuk mendapatkan bahan api,” katanya seperti yang dilapor agensi berita Xinhua.

Berikutan itu, operasi kilang penpias juga akan dihentikan buat sementara waktu sehingga bekalan tiba.

Sementara itu, Wijesekera turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.