Seorang lagi penduduk Palestin dibunuh tentera Israel - Utusan Malaysia

Seorang lagi penduduk Palestin dibunuh tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seorang lelaki Palestin dibunuh oleh tentera Israel dalam satu pertempuran yang berlaku di kem pelarian di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin menerusi kenyataan memaklumkan pertempuran itu tercetus di kem Dheisheh di luar Bethlehem.

Jelas kementerian itu, mangsa dikenali sebagai Ayman Muhaisen dan berusia 29 tahun.

Setakat ini, tentera Israel masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.

Semalam, Al Jazeera melaporkan tentera Israel menembak mati seorang wanita Palestin di kem pelarian Arroub di selatan Tebing Barat.

Ghufran Harun Warasneh, 31, maut ditembak di bahagian dada. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya