Sakit hati ditegur main gitar, lelaki bakar rumah jiran

Sakit hati ditegur main gitar, lelaki bakar rumah jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Jatinegara memberkas seorang lelaki berusia 21 tahun yang bertindak membakar rumah jirannya di Cipinang Muara.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Timur, Ahsanul Muqaffi berkata, motif suspek kerana berasa sakit hati akibat ditegur jirannya, Marfuah, kerana dia kerap membuat bising dengan bermain gitar sehingga larut malam.

Beliau juga menegaskan pelaku tidak mengambil sebarang minuman keras mahupun di bawah pengaruh dadah semasa membakar rumah mangsa.

“Suspek berada dalam keadaan sedar semasa berniat membakar rumah jirannya.

“Pada mulanya, pelaku membakar kain gendongan bayi, namun api tersebut tidak merebak ke seluruh ruangan bilik itu,” katanya.

Suspek ditahan di Pejabat Polis Jatinegara dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung jenayah tersebut.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya