Russia bekal sistem peluru berpandu kepada Belarus - Utusan Malaysia

Russia bekal sistem peluru berpandu kepada Belarus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia akan membekalkan Belarus dengan peluru berpandu berkeupayaan nuklear selepas negara itu menzahirkan kebimbangan mengenai pesawat yang dilengkapi senjata nuklear milik Pertubuhan Perjanjian Atlantik (NATO) terbang berhampiran sempadan Belarus.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Vladimir Putin semalam ketika pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko mengunjungi Moscow.

“Dalam tempoh beberapa bulan, Russia akan menghantar sistem peluru berpandu taktikal Iskander-M ke Belarus.

“Sistem itu boleh menggunakan peluru berpandu balistik,” kata Putin.

Dalam pertemuan itu, Lukashenko menzahirkan rasa bimbang mengenai konfrontasi agresif oleh negara jirannya, Lithuania dan Poland.

Sehubungan itu, beliau segera meminta bantaun Russia bagi menangani sebarang ancaman.

Pada bulan lalu, Lukashenko memaklumkan Belarus membeli peluru berpandu Iskander dan sistem anti peluru berpandu dari Russia.

Putin sebelum ini sudah beberapa kali mengancam untuk menggunakan senjata nuklear sejak Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu.

Moscow turut menuduh NATO ‘ingin gunakan Ukranie’ sebagai platform bagi mengancam Russia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya