Ratusan masuk hospital akibat terhidu gas kimia - Utusan Malaysia

Ratusan masuk hospital akibat terhidu gas kimia

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Lebih 130 orang dikejarkan ke hospital selepas mengalami kesukaran bernafas berikutan kebocoran bahan kimia di sebuah kilang di selatan Iran.

Agensi berita IRNA melaporkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebocoran gas nitrogen dari kilang pengeluaran soda di bandar Firuzabad.

Menurut Pengarah pengurusan krisis wilayah Fars, Khalil Abdollahi, individu yang cedera kebanyakannya mengalami masalah pernafasan disebabkan terhidu gas nitrogen yang tidak berbahaya.

Sementara itu, seorang pegawai perubatan berkata, setakat ini, tiada kematian dilaporkan dan ramai mangsa sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Kilang Sodium Karbonat Firuzabad mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 320,000 tan.

Sodium karbonat kebanyakannya digunakan dalam pembuatan detergen, sabun, kertas, kaca dan produk petrokimia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya