Rakyat Afghanistan beli roti tamat tempoh untuk alas perut - Utusan Malaysia

Rakyat Afghanistan beli roti tamat tempoh untuk alas perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Disebabkan desakan hidup yang semakin meruncing, rakyat Afghanista ketika ini sanggup membeli roti yang sudah tamat tempoh untuk mengalas perut keluarga mereka.

Kebiasaannya, sisa roti yang sudah rosak akan dijadikan makanan haiwan ternakan, namun makanan itu mula mendapat sambutan daripada masyarakat yang terdesak untuk meneruskan kehidupan.

Seorang peniaga, Shafi Mohammed menceritakan dia sudah menjual roti tamat tempoh selama 30 tahun di sebuah pasar di Kabul.

“Sebelum ini, hanya lima orang datang ke kedai saya untuk beli roti basi, namun sekarang, lebih 20 orang akan datang untuk dapatkan roti ini.

“Banyak rakyat tidak mempunyai duit yang mencukupi, maka mereka akan beli apa sahaja yang boleh dimakan untuk mengalas perut, walaupun roti tamat tempoh,” katanya.

Pendapatan penduduk di negara ini dipotong satu per tiga sejak Taliban ambil alih tampuk pemerintahan pada Ogos lalu, selain harga barangan meningkat mendadak.

Jelas Shafi, rakyat sudah tidak kisah jika terpaksa makan sampah sekali pun, asalkan tidak kelaparan, terutamanya anak-anak yang masih kecil.

“Kehidupan kami sekarang seperti burung yang dikurung dalam sangkar tanpa makanan dan air.

“Saya berdoa kepada Tuhan supaya angkat kesusahan kami dan berikan kami sedikit kesenangan untuk teruskan hidup,” ujarnya.

Ketika ini, kerajaan Taliban masih belum mendapat pengiktirafan antarabangsa biarpun ada negara yang menyokong pembentukannya.

Komuniti antarabangsa meminta Taliban menunjukkan keupayaan mereka dalam mentadbir kerajaan dan membangunkan ekonomi Afghanistan.

Bagaimanapun, layanan berat sebelah Taliban terhadap golongan wanita menjadi satu daripada faktor utama antarabangsa enggan mengiktiraf kepemimpinan kumpulan itu.

Bagi seorang lelaki yang enggan dikenali memberitahu, dia berasa malu dengan anak-anaknya kerana tidak mampu menyediakan mereka makanan yang mencukupi dan berkhasiat.

“Sebagai bapa, saya perlu sediakan makanan yang sihat dan cukup untuk anak-anak.

“Namun, saya tidak mampu, saya malu dengan anak-anak, malah mereka juga semakin kurus.

“Saya pasti, tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka menjadi begitu,” tuturnya dengan nada suara sebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.