Pengemis meludah kalau tak diberi wang

Pengemis meludah kalau tak diberi wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TENGAH: Seorang pengemis bersikap kurang ajar apabila membaling selipar dan meludah kepada individu yang tidak menghulurkan wang kepadanya.

Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Kota Semarang, Fajar Purwoto berkata, pihaknya sudah dua kali menahan pengemis tersebut.

Katanya, pengemis itu pernah beroperasi di kawasan Majapahit dan Kalibanteng.

Malah, jelasnya, pengemis itu disyaki mempunyai rangkaian yang beroperasi di kawasan lain.

“Dia beroperasi seorang diri dan mempunyai rangkaian, tetapi mungkin rakannya berada di lokasi lain,” katanya lapor Tribunnews.

Baru-baru ini, pengemis itu bersikap kurang ajar apabila melemparkan selipar ke arah seorang pemandu gara-gara tidak diberikan wang.

Video pengemis yang dirakamkan di persimpangan Arteri Puri Anjasmoro, Semarang menjadi tular dalam media sosial.

Menurut Fajar, hasil siasatan mendapati pengemis itu masih waras.

“Dia tidak gila, tetapi kalau tidak diberikan wang dia akan terus meludah. Jika tidak, dia akan mengetuk pintu kereta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.