Pengantin lelaki tak sengaja tembak rakan semasa majlis kahwin

Pengantin lelaki tak sengaja tembak rakan semasa majlis kahwin

PENGANTIN lelaki diberkas pihak polis atas kesalahan membunuh di Uttar Pradesh. -JAMPRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang pengantin lelaki tak sengaja tertembak rakannya semasa upacara melepaskan tembakan dalam majlis perkahwinan tersebut. 

Rakaman video menunjukkan Manish Madheshia melepaskan tembakan ke udara semasa berdiri di atas pelamin di bandar Robertsganj, Uttar Pradesh. 

Selepas gagal melepaskan tembakan ke udara, pengantin itu menghalakan pistol ke bawah dan secara tidak sengaja tembakan dilepaskan ke arah orang ramai yang mengenai rakannya, Babulal Yadav. 

Sejurus itu, mangsa dilihat rebah ke tanah dan orang ramai bergegas membantu menyelamatkan lelaki itu. 

Yadav dikejarkan ke hospital, namun disahkan maut selepas itu. 

Susulan itu, anggota polis memberkas pengantin lelaki dan merampas sepucuk pistol yang merupakan milik mangsa. 

Difahamkan, Yadav ialah anggota tentera India dan mendapat kebenaran dari majikannya untuk menghadiri majlis perkahwinan itu. 

Pegawai polis di Sonbhadra Amrendra, Uttar Pradesh, Superintenden Pratap Singh mengesahkan penangkapan suspek yang didakwa atas kesalahan membunuh. 

Sebelum ini, India pernah merekodkan beberapa tragedi di bahagian utara negara itu semasa upcara melepaskan tembakan dalam majlis perkahwinan. 

Pada 2019, seorang pengantin lelaki terbunuh selepas seorang tetamu melepaskan tiga das tembakan dalam majlis perkahwinan itu.-AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.