Pakistan hantar bantuan kepada mangsa gempa bumi

Pakistan hantar bantuan kepada mangsa gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARACHI: Badan amal terbesar di Pakistan, Yayasan Edhi menghantar empat ambulans dan pasukan penyelamat ke Afghanistan, susulan gempa bumi yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa.

Pegawai Kanan yayasan itu, Saad Edhi berkata, ambulans dihantar terus ke lokasi yang terjejas.

Gempa bumi berukuran 6.1 skala Richter menyebabkan 1,500 penduduk mengalami kecederaan dan 3,000 kediaman musnah.

Wilayah Paktika di timur Afghanistan menjadi lokasi paling teruk terjejas akibat gempa tersebut.

Dianggarkan lebih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan rumah dan bangunan, selain operasi mencari serta menyelamat berdepan gangguan hujan dan kekurangan jentera berat.

Sementara itu, pihak berkuasa Afghanistan berdepan kesukaran untuk menjejaki kawasan terpencil yang dilanda gegaran gempa bumi akibat jaringan komunikasi dan struktur jalan raya yang lemah.

Jurucakap Taliban, Mohammad Ismail Muawiyah berkata, pihaknya tidak dapat memasuki kawasan terpencil disebabkan jaringan yang terlalu lemah.

“Kami akan berusaha mendapatkan maklumat terkini mengenai mangsa bencana,” katanya kepada Reuters.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya