NATO sedia kerah 300,000 tentera ke Eropah Timur

NATO sedia kerah 300,000 tentera ke Eropah Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk mengerahkan lebih 300,000 tenteranya ke Eropah Timur sebagai tindak balas terhadap peperangan yang berlaku antara Russia dan Ukraine.

Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata, pakatan pasukan tentera di negeri-negeri Baltik dan lima negara barisan hadapan akan ditingkatkan ke ‘tahap briged’ dengan penambahan anggota antara 3,000 hingga 5,000 orang.

Katanya, jumlah itu merupakan yang terbesar pernah dikerahkan sejak Perang Dingin.

Di bawah rancangan tersebut, NATO juga akan memindahkan stok peluru dan bekalan lain lebih jauh ke Eropah Timur serta semua peralihan berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada 2023.

NATO kini mempunyai kira-kira 40,000 anggota Pasukan Tindakan Balas NATO.

Selain itu, Stoltenberg turut memaklumkan, para pemimpin bersetuju untuk meningkatkan sokongan asas kepada Ukraine untuk berdepan ancaman Russia.

Jelas beliau, sokongan dan bantuan itu melibatkan komunikasi, sistem antidron dan bahan api.

NATO dilaporkan meningkatkan kehadiran jumlah tentera di Eropah Timur sejak Moscow merampas Crimea pada 2014 dan jumlah itu diperluaskan selepas Russia menyerang Ukraine pada Februari lalu.

Dalam perkembangan berasingan, Stoltenberg memaklumkan beliau tidak boleh membuat sebarang janji berhubung permohonan Sweden dan Finland untuk menyertai NATO susulan bantahan dari Turkiye.

“Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk bertemu dengan Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson dan Presiden Finland, Sauli Niinisto di Madrid, hari ini.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan perkembangan yang boleh dicapai menerusi pertemuan tersebut,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya