'Mustahil Russia guna kuasa nuklear'

‘Mustahil Russia guna kuasa nuklear’

NAIYL M. LATYPOV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANCAMAN dan ugutan Russia untuk menggunakan senjata nuklear mula heboh diperkatakan sejak negara itu melancarkan operasi ketenteraan khas terhadap Ukraine, 24 Februari lalu. 

Namun sehingga kini, Agensi Perisikan Amerika Syarikat (CIA) menyatakan tiada sebarang tanda menunjukkan Moscow sebenarnya akan menggunakan senjata nuklear.

Wartawan Utusan Malaysia C.SHEILA RANI dan MUHAMMAD HASIF IDRIS bersama jurugambar AMIR KHALID mendapatkan gambaran sebenar mengenai konflik tersebut. 

Ikuti pandangan Duta Besar Russia di Malaysia, Naiyl M. Latypov semasa ditemu ramah di kediaman rasminya di Jalan Ampang. 

Russia akan guna kuasa nuklear?

Mutakhir ini, kita mendengar kenyataan daripada ahli politik dan media Barat yang mengisytiharkan Perang Dunia Ketiga telah bermula.

Kami sentiasa memerhatikan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa ahli politik Eropah dan AS, yang seolah-olah mendesak kepada pertempuran ketenteraan langsung antara Rusia dan NATO, dan seterusnya kepada kemungkinan perang nuklear.

Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana kami berusaha mencapai matlamat dengan menggunakan kuasa ketenteraan sangat terhad.

Kita mempunyai perkhidmatan ketenteraan mandatori di Russia dan mereka tidak mengambil bahagian dalam operasi khas ini.

Hanya sebahagian kecil tentera profesional sahaja yang dikerahkan ke Ukraine. 

Sebab itu, beberapa pakar mengulas tentera Russia bergerak sangat perlahan sebab kita tidak menggunakan tenaga ketenteraan sepenuhnya dan berusaha mengurangkan kerugian terhadap infrastruktur dan penduduk awam. 

Tuduhan konflik akan menyebabkan Perang Dunia Ketiga?

Negara-negara Barat sendiri tidak bersatu dalam pandangannya terhadap isu ini. Ada negara yang menyeru gencatan senjata, tetapi dalam masa sama ada negara yang membekalkan senjata ke Ukraine.

Ukraine menerima pelbagai jenis peluru berpandu, sistem artileri dan kereta kebal. Sudah tentu ia sangat berbahaya kerana mereka membekalkan senjata baharu.

Sedangkan, terdapat perjanjian antarabangsa yang berbeza untuk membekalkan senjata, mereka langgar sebahagian daripadanya.

Ini bermakna, konfli ini akan jadi lebih meruncing dan boleh mencetuskan malapetaka global.

Ukraine digunakan sebagai ‘alat’ menentang Rusia.

Amat penting untuk kita faham, ini bukan konflik antara Rusia dan Ukraine, tetapi sebenarnya antara Rusia dan NATO, yang dipanggil sebagai ‘Barat Kolektif’.

Malangnya, pemimpin Ukraine terus berdegil dan mengabaikan perkara-perkara yang jelas di depan mata.

AS dan NATO percaya konflik boleh diselesaikan menerusi rundingan. Setuju?

Rusia tidak pernah meninggalkan proses rundingan. Masalahnya adalah Ukraine bukanlah perunding bebas dalam proses ini, tetapi hanya menyiarkan apa yang dikatakan oleh sekutu Barat kepada mereka.

Ukraine pernah mengemukakan cadangan rundingan damai dua bulan lalu bagi menyelesaikan isu ini. Russia sudah pun mengambil cadangan ini sebagai asas. Namun, sehari kemudian, Barat melarang usaha tersebut diteruskan.

Provokasi jelas berlaku di Bucha dan saya boleh senaraikan pelbagai provokasi terhadap tentera Rusia yang dilakukan oleh pihak berkuasa Ukraine dengan sokongan negara Barat.

Jika Ukraine bersedia mencadangkan agenda rundingan yang bebas daripada pengaruh Barat dan berasaskan kepentingan negara sendiri,  Russia juga bersedia mempertimbangkan kemungkinan proses rundingan selanjutnya. 

Bila konflik akan berakhir?

Sukar untuk dijelaskan sebab ini bergantung apabila Ukraine menyedari rundingan damai adalah cara yang terbaik.

Kalau dilihat sejarah sebelum ini pada tahun 2015, perjanjian Minsk pernah dicapai yang juga diiktiraf oleh Majlis Keselamatan PBB. 

Setahun sebelum itu, berlaku rampasan kuasa di Kyiv dan melarang penggunaan bahasa Russia. Ia dilihat sebagai satu tanda ke arah politik kerajaan baharu. 

Jadi, perjanjian tersebut pada ketika itu dilihat sebagai antara bentuk usaha damai bagi mengelakkan konflik sivil di Ukraine berterusan.

Malangnya, pihak Ukraine enggan memenuhi perjanjian itu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.