MUIS arah henti import daging halal Australia serta-merta - Utusan Malaysia

MUIS arah henti import daging halal Australia serta-merta

JAKIM perlu segera tubuh satu badan siasatan bagi menyiasat kepincangan integriti melibatkan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung isu pelanggaran protokol halal sebuah rumah sembelihan di Australia. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengarahkan semua pemegang sijil halalnya untuk berhenti serta-merta mengimport dan menggunakan produk daging daripada pusat penyembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal (TFIL).

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, MUIS mendapati terdapat sebab yang munasabah untuk merumuskan bahawa kesahihan daging halal daripada pusat penyembelihan TFIL sudah dikompromi.

“Keputusan kami berdasarkan fakta dan pandangan daripada pihak-pihak berkuasa yang berwenang dan diyakini, selepas menjalankan siasatan dengan beberapa pihak terlibat,” kata Sharifuddin Mohamed Ali, Ketua Rangkaian Bekalan Halal Muis seperti yang dilapor Berita Mediacorp.

MUIS juga menghubungi  pemegang sijil halal yang mengimport daging daripada TFIL untuk mendapatkan sumber-sumber halal alternatif demi memastikan bekalan makanan halal dalam negara tidak terkesan. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas keprihatinan mereka terhadap isu ini,” jelas Sharifuddin.

Dalam catatannya di Facebook, MUIS komited untuk mempertahankan dan melindungi integriti serta kesahihan bekalan makanan halal untuk masyarakat Islam Singapura dan akan terus memberikan kemas kini serta nasihat kepada masyarakat berhubung aspek ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN