Money Heist Korea ditayang hari ini, watak Tokyo diolah semula

Money Heist Korea ditayang hari ini, watak Tokyo diolah semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Selepas kejayaan Money Heist mencatatkan tontonan memberangsangkan di saluran penstriman berbayar Netflix, kali ini drama bersiri itu muncul lagi dalam versi Korea.

Secara rasmi, hari ini bermula tayangan Money Heist Korea: Joint Economic Area dengan enam episod yang disiarkan serentak di seluruh dunia.

Drama bersiri yang diadaptasi dari versi asal Sepanyol, La Casa de Papel itu membariskan nama-nama besar pelakon dari Korea Selatan.

Yoo Ji Tae memainkan watak The Professor, Park Hae-soo sebagai Berlin, Jun Jong-seo (Tokyo) dan Kim Yunjin (Inspektor Raquel Murillo).

Money Heist versi Korea Selatan masih mengekalkan jalan cerita dari siri asal, namun diolah dengan konsep rompakan yang bersesuaian di negara ini.

Penggambaran drama bersiri ini dilakukan di Korea Selatan dan setiap watak mempunyai latar belakang yang unik serta pemakaian topeng berbeza.

Hae-soo mendedahkan topeng tersebut mempunyai kaitan dengan budaya di Korea Selatan.

Bercakap semasa sidang akhbar, pelakon Squid Game itu memberitahu, di Sepanyol, topeng Dali digunakan sebagai isyarat mesej keamanan.

Sedangkan, di Korea Selatan katanya, topeng Hahoe dari kawasan Andong digunakan yang mempunyai kepentingan tertentu.

“Ia merangkumi mesej kritikan terhadap pemimpin yang berkuasa dan terdapat unsur humor di dalamnya.

“Selepas topeng itu diberikan, saya sebenarnya merasakan kuasa luar biasa apabila topeng itu dipakai oleh setiap pelakon.

“Topeng itu mempunyai sudut berbeza dari bahagian tengah dan sisi,” katanya.

Menyentuh tentang watak yang ditonjolkan, Jong-seo mendedahkan watak Tokyo dalam Money Heist Korea tidak sama seperti watak Ursula Corbero walaupun kebanyakan watak lain kekal seperti versi asal.

“Tokyo dalam versi Korea akan berbeza daripada watak asal.

“Dia adalah generasi Z berumur 20an dan unsur realistik dicerminkan dalam drama ini,” ulasnya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.