Menteri Luar Russia batal lawatan Serbia kerana ruang udara ditutup - Utusan Malaysia

Menteri Luar Russia batal lawatan Serbia kerana ruang udara ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov terpaksa membatalkan lawatannya ke Serbia, hari ini selepas beberapa negara jiran enggan membenarkan pesawat membawa pemimpin itu, melalui ruang udara mereka.

Menurut pihak berkuasa, Lavrov dijadualkan melawat Serbia untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi di Belgrade.

Belgrade merupakan satu daripada beberapa sekutu Moscow di Eropah sejak operasi ketenteraan dilancarkan di Ukraine pada awal tahun ini.

“Beberapa negara di sekitar Serbia menutup saluran komunikasi dengan enggan membenarkan pesawat membawa Lavrov yang menuju ke Belgrade, melalui ruang udara mereka.

“Delegasi Russia sepatutnya tiba di Belgrade untuk sesi perbincangan namun negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) menutup ruang udara mereka,” lapor agensi berita Russia memetik kenyataan jurucakap kementerian, Maria Zakharova.

Akhbar Serbia, Vecernje Novosti melaporkan Bulgariam Macedonia dan Montenegro enggan memberi akses untuk melalui ruang udara negara itu.

Lapor agensi berita Interfax, sumber diplomatik Russia berkata, delegasi tidak mempunyai pilihan lain selain membatalkan lawatan tersebut.

Lavrov dijadualkan bertemu dengan Presiden Aleksandar Vucic dan rakan sejawatnya, Nikola Selakovic.

Walaupun Serbia mengecam operasi ketenteraan Russia di Ukraine, negara itu tidak menyertai EU dalam mengenakan sekatan ke atas Moscow. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN